Skip to main content

KISS THE RAIN

Every Ending Is a new beginning

How your life?
First of all, if u salah seorang dari mangsa yang I dah remove dari followers I dekat instagram, I mintak maaf. I remove semua followers lelaki. yes! im sorry for a few guys that always DM me. I cuma rasa bersalah bila orang dm tapi I taknak reply, jadi lebih baik I jangan bagi peluang langsung untuk sesiapa dm I. Dengar macam kejam. Tapi betul! sebab i hate the new beginning happen. Im sorry! :'( I mintak maaf jugak if u guys yang dm tapi I tak balas. I yang bermasalah, bukan u guys. I tak pernah reply dm orang yang I tak BERAPA  KENAL WALAUPUN KITA PERNAH SATU KELAS ( -_-) Im sorry again.oh lupakan. 

Pagi tadi I online facebook. Nak bagitau jer Page Abah Khairul Yoi dah kembali. I minat gila layan page tersebut. Awat orang yang bernama Khairul menjadi kegilaan ramai? I mean kegilaan girls dekat luar sana. Hangpa mesti pelik kenapa I cakap macam tu kan? Hmm ni dari pemerhatian I terhadap 2 individu misteri. Dulu I suka giler hadap semua entry MR OTHER KHAIRUL. Dia blogger hebat. Kata-kata dia macam samseng, tapi I faham dia bukan samseng sebab dia, dia cuba sedarkan ramai awek-awek malang macam I ni. Membela awek malang dari lelaki durjana. Ayah I selalu cakap, nanti cari suami yang berlagak macam samseng sebab depa semua dalam hati ada taman. wekkkk. Then, sekarang ni Mr other khairul dah tak update entry baru. Tapi I dah jumpa pengganti Mr other Khairul iaitu Khairul Yoi. Page yang agak famous dikalangan girls. Malah ramai girls yang tergila-gilakan beliau kerana beliau sangat komited dalam memberi kesedaran kepada girls dalam penggunaan produk local yang tah pape. kadang-kadang I rasa depa ni orang yang sama.Ayat depa tu pedih menyentap hati, tapi manis juga. Tak semua girls boleh mnerima teguran dengan baik. beliau berdua mempunyai ciri-ciri suami yang mana boleh mendidik isteri. Ada aura yang hebat! Bila fikir-fikir balik tak mungkinlah, Mr other khairul dulu student UNIKL micet satu uni dengan akak I. Kakak cakap dia ambil program kejuruteraan. Tapi dekat Unikl micet tu semua kejuruteraan kimia.aikkkk.. Hmm , Khairul Yoi pulak banyak buat pendedahan pasal produk. Semua bahan yang terkndung dalam tu dia tau. Bukan calang-calang orang. Kadang-kadang I rasa macam beliau tu seorang doktor. Pernah juga I baca komen tentang beliau. Ada yang cakap Khairul Yoi ni dah kawin, Isteri dia yang jadi doktor. Hmmm.. entah-entah "Mr OTHER KHAIRUL" bersama isteri dia Create page dan bersama membanteras founder local produk ni.Sebab I ada baca another comment, depa cakap page khairul Yoi tu admin dia bukan sorang ja tapi ramai, lebih kurang 2,3 orang. Entah laa. ishkkkk.. tetiba I membincangkan isu mereka tersebut. I nak buat entry tentang perihal yang lain sebenarnya..

Baca tajuk semula. HAHAHAHA. *MOOD tetiba ok*

Tadi I layan drama . Terrr layan ok. terrrr sahaja.Tapi best jugak. Dulu masa sebelum I bercinta, masa tu I diploma. Time tu I suka layan drama cintan-cintun ni. Novel pun sama. I layan jer sebab I anggap kisah cinta I nanti akan sama macam dalam novel atau drama. Manis. Almaklumlah, I tak pernah bercinta sebelumnya. Tapi lepas I bercinta, I start rasa em, drama tu nonsense sangat. Mana wujud semua tu. Even sepanjang I bercinta tak rasa manis apapun. Mula sedar tak wujud laa lelaki sweet macam drama. Semuanya rekaan. Hero dah macam malaikat. Hahahahahah. Heroin pulak sama laa. Baik nak mati. Mana wujud manusia sedemikian. berpijak laa dibumi yang nyata.  

so?
Setiap pengakhiran adalah satu permulaan. Yes admit it. I taknak ingat bila spesific tarikh I broken dengan I punya first love #if u broken, u do not stay broken#. I dah lupa semuanya kisah cinta pertama I. Tak ada yang istimewa melainkan I yang berusaha lebih. Even kekadang I yang dimarahi untuk itu. I bukan nak mengungkit tapi semua tu tetap dalam ingatan I. Susah untuk I buang. I cerita ni bukan buka aib I, tapi kalau ada girls yang terbaca I nak korang faham melalui kisah I. I berada dalam relationship yang sia-sia selama bertahun. Walaupun relation kitorang lama bertahan, ia tak macam yang u all fikirkan. Hubungan yang lama, tapi I dan pasangan masih tak mampu mengenali antara satu sama lain. Bertahun, tapi I tak pernah keluar dengan that guy. Kalau jumpa pun we just jumpa untuk bagi something, atau ada urusan. Paling lama kita jumpa pun 15  minit jer I kira. Jumpa pun kekadang dekat Bus stop. I pernah tunggu dia 4 jam semata-mata nak bagi cup cake yang I buat untuk dia dan officemate. Masa tu dia cakap dah lama dia tak makan masakan I. Yess! I Akui, mungkin silap I. I tak sama macam perempuan lain. I get so nervous untuk jumpa orang yang I sangat suka. Thats why I sangat takut untuk berjumpa. Apatah lagi bertentang mata. Alhamdulillah, rupanya ALLAH nak pelihara I. I patut bersyukur untuk itu. 

We all pernah plan nak kawin. Mak ayah setuju I dengan dia. Mak ayah pun dah setuju pasal hantaran kawin dan tak kesah berapa pun dia mampu bagi. Dia cakap dia sangat bertuah dapat I sebab pandai masak, baik blablabla😒. Oleh kerana dia tahu I sangat setia. YESS! Seriously, I tak melayan lelaki yang I tak suka. Even kawan lelaki chat di facebook tau instagram pun I cuma berbahasa. Yang tak kenal lagi I sombong. I tak pernah berkenalan di facebook atau media sosial yang lain. Masa tu I sangat yakin jodoh I kuat dengan that guy. oh lupa, dia tahu I sangat setia, dia pula ramai kawan perempuan. Bukan I tak pernah cemburu. I tahan sebab I rasa dia akan fikir yang I kongkong hidup dia. Girls. U should know something. Jika korang dalam satu-satu hubungan dengan seorang lelaki, bagi I dia tak malu untuk perkenalkan korang pada orang rapat dalam hidup dia. Maksud I bukan reveal kat media sosial. Cukup la kalau terserempk dengan member, dia akan kenalkan korang dekat member, even sebagai kawan. itu pun dah cukup. I ada satu kisah dimana satu masa tu that guy *ex  bawak member dia sebab I nak bagi barang. Kitotang jumpa sekejap jer but that time u guys tahu tak, my ex ask his friend like this "Man , nanti kalau TERSEREMPAK dengan En. Hafiz can u tell him that she is your friend?"HAHAHAHAHA. faham tak perasaan I masa tu? I Cuba rileks dan cool down sebab I faham dia seorang yang berkerjaya. Masih ada potensi untuk terus naik dan mestilah menjaga reputasi dan nama baik. KONON!hahaha🤣🤣

I tak sedar langsung dalam jangka masa yang panjang tu, bila kita tak dihargai, kita akan menjauh.  4 tahun. adalam masa 4 tahun  tersebut I pernah putus. setahun tau I setia.Dia boleh ja 2 kali in relay dengan awek lain, 2 kali putus. i kenapa laa bodoh sangat duk setia dan menunggu. Bila dia datang balik after break dengan 2nd girl, I boleh terima sebab I rasa dia jodoh I. hahahahah. kelakar oi! tp 2 tahun layanan dia masih sama girls. Sebab rasa tak diperlukan mungkin. I start rasa macam tu bila dia ubah fikiran nak tukar kereta baru  dan beli rumah before kawin. Dan I think semua tu take long time. Tak sure nanti 3+ mungkin baru bincang kawin lagi. Yeahh.. I perasan everythings was changed. Lagi satu I nak tekankan pada u girlss, Lelaki bila serius dia boleh buat jer apa yang u nak . Contohnya , after kitorang declare putus, dia ada orang lain dan dia terus rancang untuk kawin. Betullah apa yang orang cakap, semua jadi mudah kalau memang jodoh kita. Kalau semuanya bermasalah tu tandanya tak berjodoh. Walaupun I taktau dia jenis yang macam mana, bila dia gaduh dengan gf dia banyak kali dia datang pada I. That guy banyak berubah. Sangat. Dia bukan orang yang pernah I  kenal. Dia yang dulu tak sukan burukkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.


Get back, putus  then get back lagi dan putus lagi. Tu bukan yang I impi dalam hubungan. I tak kesah langsung If I single dari terikat dengan hubungan yang tergantung tanpa usaaha untuk menghalalkan. Faham? Time in relationship dulu pun I bukan yang jenis terikat atau mengikat lelaki. I berdikari dan I tak pandai couple. Thats why, Orang pun tak suka kan I. I tak sweet. Comel apatah lagi. Menggoda tu lagi  laa tak. Tapi.. Dear future husband, u patut rasa bangga sebab I tak layan semua lelaki tau. WALAUPUN I tak lawa, I pandai masak. Walaupun I garang tapi I setia. 

Comments

  1. Sands Casino | Official Website of the Las Vegas Sands
    Experience 제왕 카지노 Las 인카지노 Vegas Sands casino resort and casino on the Las Vegas Strip and at Sands Resort septcasino Casino in Las Vegas, Nevada. Located on the famous Strip

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelajar politeknik dan peluang sambung pengajian

hye..girlss AND boysssss.. u know what?? lama sngt iolls x update blog right??yeahhh.. sbb skrg timbul kesedaran yg SEBENARNYA  sy memng suka menulis dari membaca.. untuk pengetahuan semua, sy ex student dr Politeknik Kota Bharu. Dulu diploma akauntansi dan sekarang sambng sc. economic kat UUM.. yeahhhh..uum syg! Moh ler kita bincang tajuk kat atas tu.. sy tahu mesti ad yg dok gugel2 pasal student poli ni ad peluang tak nak sambng u.. kalo korang jenis yg mcm ni,samaaaa laaaa kita!!!huhuhuhu.. Memandangkan adik-adik yang akan baca entry kali inilah jadi why not i gunakan kakak. yeah..akak!akak pun cun gak..KAN KAN Actually akak kesian sngt kat pelajar2 poli yg senasib akak. yg mcm mana? yg bercita-cita nk smbng belajar even harapan sngt tipis..ye laa, zaman akak belajar dulu senior selalu cakap pelajar politeknik mcm kita ni kena dpt 4 flat baru dpt smbng degree kat u.. masa tu terus nk nangis. Akak punya result langsung x cun tau. Itu lah penglaman akak masa di awal proses n

Tips lupakan crush!

Hai guys. I ada satu soalan untuk U guys SEBAB ENTRY KALI I NAK SHARE ABOUT CRUSH!. U guys pernah ter Crush pada sesiapa? hahahaha. pernah? crush mean u guys simpan perasaan pada seseorang tapi that someone takda perasaan yang sama pada u guys. Betul tak? sedih tak? mesti U guys try Hard untuk buang perasaan tersebut kan? So today I nak share ngan u Guys camana nak move on dan lupakan crush. 1.Berhenti ambil kisah tentang dia. I tau bukan susah U guys nak berhenti dari buat semua keje-keje bodoh dan aktiviti yang tidak berfaedah. Bukan I tak tau u guys ni kalau dah crush tu, fb, twitter, instagram, wechat semua la boleh kata u guys tau. Kalau instagram tu u guys follow dia then dia follow back bukan main lagi laa fefeeling happy nak mati. Tak sedar yang crush u guys unfollow balik. Follow  pun sebab nak jaga hati U ja. Al maklumlah crush u guys tu kan hot stuff,  insta famous walaupun kawan sekelas u guys sendiri.  hewhew!Pehal pulak dia nak follow u guys, muka u dah la